Wednesday, 23 December 2009

WT???

What the hell that I am thinking of...

(yes...the emotion disturbed!)
YES...I do annoyed sometimes.....
and YES I do angry to myself caused can't defense myself sometimes..

With work, family and friend..I do annoyed sometimes....I DO!Ergh...

Who does life without any problem right?
So do I... (-.-')

and sometimes, when I got a chance to release it all...a chance to blow it all out at loud...I do feel like relieved..

Wahh......very the emo....so unlike me...

Sunday, 20 December 2009

Nasi Minyak V. Me

Ada Kenduri Kahwin lagi hari ni. (Lagi?! kali ini, classmate during college)

Mesti seronok dapat kahwin dengan orang yang kita sayang.. bestnye...

Tapi orang yang nak kahwin itu tahu tak yang 'orang yang belum kahwin' seperti I ini mempunyai dilema nak bawak "pasangan" seperti tertera di dalam kad jemputan? Huh

Kawan baik I, ada komitment.. (komitmen ape yer..he he he)
Then I blurred! Oh betapa tidak bagus nya aku asyik bergantung kepada kawan baikku kan? amat tidak bagus...Ish ish ish.

Jadi, saya ajak kawan lagi sorang. My the only close Chinese-boy friend. Temankan I yer. Nasib la ko..he he he.



Pergi cepat...balik cepat! Yeah..(dengan harapan tak terserempak dengan kawan-kawan kelas yang lain yang memungkinkan gosip liar! Sungguh saya tak suka.)


Friday, 18 December 2009

MNG Sales

It is still hot in my inbox...
The idea awesome and simple. Which it simply can save your shopping time A LOT.
Just arrange the intended amount in the card (with MNG stores) and make it as a present replacement. Herm..boleh kira same like credit card with limits. Those who are the MNG fans, ENJOY.


MANGO BIG SALE UP TO 50%


Discount up to 50%.
Uwee..I received this email yesterday actually. It does make me wonder, wonder and wonder. Should I, or shouldn't I (poket agak nipis buat masa sekarang ni)? He he he.
$$$ Ka-ching $$$
Ish....da terbayang-bayang bunyi cash-machine kat MNG stores ni. Ha ha



p/s: why I kept my old jeans aside huh?? OMG...Jeans...jeans..hik hik
Jemput datang ke MNG stores. ;p

Wednesday, 16 December 2009

I am Not A Good Story Teller..But She IS!

My last entry on Jakarta and Bandung trip was not good as told by her. Okay dear, I admit you are a good story teller. Detail and precise!

Who ever would like to hear and read more on our trip to Jakarta and Bandung, please visit her PAGE.

Please to remind all, our trip there was not a luxury trip, but the Budget-ciput trip okay. So, BEWARE.

Which I know the second part will coming soon. And babe YES, you are a great story teller.



p/s: Babe, you make my blog punching easier..kih kih....I kidnap your blog tau.


Monday, 14 December 2009

Journey To Indonesia Part ii

Warning!

May Contain Photos Might Disturbing Your Eyesight

;p'

The bored and konon-konon true traveler. Me, reading the wiki-travel printed by her.


The girls at Tangkuban Parahu. The chillest place ever in Bandung. Nice place for Pacaran cih


Of course, the Sengal me during strawberry plucking. This really eye-disturber action! Ha ha ha

Perkara Yang Tak Boleh Blah

Baru balik dari hantar my luvly Abah and Bob @LRT, Ampang. Abah yang suruh jangan hantar ke Puduraya..(Betul! nampak tak dia sayang I? hik hik hik PERASAN)
Diorang nak pergi ke Johor.
Nak beli tender. Harap-harap mengena lah tender tu. Kesian Abah.

All the way to LRT station, we had a little chat. The topic was "Facebook".
Kenapa tetibe pulak nak buat tajuk "Perkara Yang Tak Boleh Blah"??
Kerna? Suddenly my Abah express his opinion. "Abah nak bukak Facebook account lah Ila"
OMG (Ya Allah..to be specified)
Ha HA HA.....Gelak besar aku tadi! Sampai terlupa pulak aku jadi supir yer. Stereng pun ntah kemane sebentar! HA HA HA.

The simple word came out through my rosy lips (Cett Porahhh)..
"Abah!! Tolong lah...Abah jangan nak buang tebiat. Biar betul Abah ni.." (Sambil gelak-gelak tanpa henti)
Eii....Abah.....dah tak de bende lain ke nak bagi buah fikiran?? HA HA HA

Tapi please okay, 1 of his cousin (which I think he's 50+ had Facebook account).
Dan semalam, mereka hang out just to complete the Family Tree from N9's sides!
Ha ha ha. Percaya atau tidak. Saya TERPAKSA add on the application in my Facebook Profile.
Dan TERPAMPANG lah ia...the family tree of my family.. (Oh...no turning back!)

Dan Abah telah ku pesan...
"Abah jangan buat Facebook account tau..Orang tua-tua tak main Facebook ni. Pelik la Abah.." He he he. Sampai la ni I tak bole tahan gelak kalau ingat kan incident tadi....
Abah ooo Abah... He he he.

Thursday, 10 December 2009

Journey to Indonesia

sambil garuk kepale..mikirin ape yang mau di update kan...dan memikirkan betapa jerawat kian rancak melanda kini..haduss....


Alhamdullillah.....selamat sampai jugak akhirnya. Trip 8 hari, 7 malam di Jakarta-Bandung selamat segalanya. Walaupun terkena serangan light cherry-berry! (Version sopan nama panggilan cirit-birit) Phew...lucky it wasn't bad as my best friend's cherry-berry. My goodness. So lucky am I. Selamat semuanya di kamar kecil Bandara Soekarno Hatta Cangkareng Indonesia. Betul-betul sebelum naik flight balik ke KL. Hik hik hik.

The journey Jakarta-Bandung-Bandara Jakarta.
3 days in Jakarta, 4 days in Bandung and a day in Bandara! A whole night okay. Truly traveler!

Jakarta. Kami stay in Plaza Hotel,Mangga Dua. Which I simply can compare our hotel as hotel situated at Jalan Chow Kit, KL. He he he. Bukan hotel ber'star' hokeh. Tujuan utama memang mahu cut-cost! Yeah! Tetapi seperti ditipu pulak since the room been charge per head okay nit by room! Very unusual! Tapi, layankan aje. Bile nak check-out baru diberitahu yer. Sangat hampeh!

Words discribing Jakarta, hectic traffic jam 'macet' , panas, kotor, people pun quite aggressive.
Tetapi, you wouldn't worry anything about public transport. Believe it or not, we manage not to jump on a taxi (the famous taxi called Blue Bird)during the Jalan-Jalan and shopping sessions. BAGUS nya kami. You name it! segala kami udah dicoba.

[.] Angkutan - a modified old version MPV which can be loaded as much as 15 passenger per trip. Very cheap and reliable. Rate starts from Rp1000, and depend how far your destination


[.] Bajaj - pronounce as "budge-eye" aka tut tut. Be careful, they tend to overcharged you. I kena Rp2500 per head untuk jarak yang kami rasa amat tak patut punya harga! amat tidak puas hati. Dan teman I kena Rp10,000 per head hokey! sangat tipu. Serik tak mo naik dah!

[.] Busway - Concept like our LRT. Stopped at specific station. But it is in the form of BUS with it own pathway. Which no cars allowed to used the path. With Rp3500 per entry. Agak murah jika untuk jarak jauh travel

[.] Supir - Special ordered driver. Usually using MPV. Rate, kena pandai nego dengan supir as example, dari Bandung ke Bandara Jakarta we've been charged Rp850,000 per trip. Plus round-round the travelers spot in Bandung. Kira okay for tong-tong version of trip

The trick is, kalau sesat, tanya orang.Malu bertanya sesat jalan.
Dan kami memang tak malu, tapi masih sesat jalan jua.. Ha ha ha. Try as much as you can to cope the Indonesian language as they usually kindly hard to understand English Language. Even our Malay language heard awkward for them too. Sometimes, the way it spells is not as it pronounced! Sebagai contoh A&W outlets, they pronounce it as 'are-we'. Ho ho ho. Sangat janggal kan?

Kalau mahu naik public transport (excluding the metered taxi such as Blue Bird) try agreed the fees and charges before enter! Or else, they tend to overcharge you. Lagi-lagi they know you are foreigner! Hati-hati! Dan ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya orang locals yer.

Dari Jakarta ke Bandung, kami naik Kereta api. Dengan Charge Rp55,000 per head. Dapat naik executive nye seat. Siap ade steward and stewardess gitu..Sangat selesa!

Di Bandung. Aman Nyaman. Seperti berada di Cameron / Genting Highland! Dingin dan segar cih...Sepanjang di Bandung, kami cuma menaiki Angkutan! Budget sungguh!


Okay, nanti bila senang I try update lagi journey to Indonesia kami.
To be honest, I tak rasa pun trip kali ni dikategorikan Sangat Seronok! Just so-so saje. Hampa kan? herm...

Thursday, 26 November 2009

Convert Ringgit to Rupiah

As on 26 November 2009

RM1 = Rupiah 2,786

Where should I change it? Either at normal bersepah-sepah money changer or Bank Negara?
Betul ke kalau tukat di Bank Negara the rate would be slight differ from other money changers?
Too much ke? My dad totally disagreed me to change it Bank Negara. he said ''y so leceh? You can change it at nearest money changer lah.. (Spectrum, Bandar Baru Ampang)''

Owh friends, I am so tersepit. Should I go to Bank Negara?? Would there be a different?

Uwah!


Aksi Terlampau


Okay ini si kelabu Lan. Suka tido terkangkang tak ingat dunia. Bila naik kereta penakut tak hengat punya. Gambar on right, terbukti betapa penakutnya dia kalau naik kereta. Siap sorok muka kat celah-celahan peha ku...Ha ha ha.

Tiada Motif..Entry untuk meng'update gamba Lan tersayang dengan beberapa gamba aksi terlampau dia saje.. Sian dia tak sihat.. *wink

Buntu [t*]

* Itu sebenarnya typo...percayalah..he he


I buntu betul.

Result UPSR kan dah lama keluar. Tapi I tak dapat lagi result dari student I. Percubaan calling-calling and the sms'ing seperti tidak berjaya. Adakah ayah student I tu ingat I nak mengorat dia? Owh....TIDAK!!! Ha ha ha.

Ouch..risaunya.. Serisau-risau I, risau lagi mak I.. (macam lah dia yang mengajar tuition itu. he he). Apelah result student ku ini. Buat Isyraf, cikgu risau lah result awak. Okay ke tidak ni.

Itu lah, I dah kata I tak nak ajar Sains, I nak ajar Matematik sahaja (sebab I ada penyakit malas nak baca buku). But, I tried my best. I did.

Esok I cuba contact ayah dia lagi. kalau dibiarkan, takut pulak nanti parents dia ingat I ni main-main pulak..Owh, TIDAK again!

---------- < . > ----------

Lan, kurang sihat hari ni. Kurang ke'meow'an dia. Asyik tido sepanjang hari. MALAM?? Merayau! Apakah?? Haish....anak-anak muda remaja sekarang..Pandai je buat dalih nak keluar malam! Nanti sunat baru tau..he he he. Okay sayang, pintu rumah bukak sampai pukul 2am. Kalau tak balik jugak, pergi lah tido dengan kawan-kawan awak! Majuk I..



~~ Update ~~
Pagi ni I bangun betul-betul dekat buntu[t] I ade 3 kesan gigitan semut ber'hapi! Sangat Gatal...Wah..rumah ku diserang oleh kroni-kroni semut api!! dan di kakai kiri sahaja, ada 3 kesan gigitan semut berhapi! Uwarghh....gatal sungguh! makin digaru makin SEDAP!!


Tuesday, 24 November 2009

Kerja. Workaholic kah?

Kalau disuruh buat kerja.. automatik mata ni jadi ngantok. Cube lah kalau disuruh main facebook. Main game..sampai pukul 2, 3 pagi pun celik-cekang mata ni.

Nak dikatakan assignment ni susah sangat..tak lah jugak. Di samping 'ambil kesempatan' mode kerja dengan family sendiri. Owh...no... Here I go again..the same old problem as told before. PEMALAS!

Agak banyak kerja yang tertangguh. Ni corporate assignment..Cewahh...
1. Update company's cash flow. Huh..
2. Prepare account which was the most terrifying subject before during study.
3. Sourcing material for the upcoming tender. Ya Allah.. Kenapa malas sangat ni.

Kalau assignment yang bukan corporate punye...Of coz masih banyak juga yang tertangguh..Haishh......ape nak jadi dengan anak dara sorang ni...Tapi hari ni I berjaya menge'mop' rumah BANGGA...wahai rumah ku syurga ku. Adoi ai...


************************************


Sebenarnya, hati ni dah tak sabar nak pergi ke sini...



Meloncat girang tak sabar nak pergi holiday...Wehoo....lagi few days to go..Flight tickets CHECKED. Hotel CHECKED. Supir PENDING number. List barang to buy PENDING.

Erm..I would like to say that our trip called as Main Redah Trip. Since neither of us know anything about Jakarta and Bandung.. Ohh...sungguh tamak kan kami? Mahu meredah ke negara orang dengan tidak berbekalkan sebarang pengalaman?? Uish...Harap-harap, segala berjalan dengan lancar.

Trip ni merupakan Trip ORANG BUJANG. Dan ini merupakan Trip-Orang-Bujang yang Ke-2 bersama teman taulan yang sekepala sebantal..Wah.. he he he. Tanpa kehadiran jejaka kali ini, mungkinkah selamat??? Tapikan, rasa-rasanya, tinggal I dengan Finaz saje yang masih single-mingle dan bujang-bujang...Wah...scene nak mengaku bujang jugak mesti masuk jugak ke dalam entry ini? he he he

Opss..enough, better stop right away. Nanti kerja corporate tak siap-siap. Bos bangun tido nanti, tengok tak siap lagi keje...Abes......I takut hilang the 'big sponsor' for my next 2-weeks trip. Hoo...Beranganlah lagi. Dan jerawat pun girang di muka. Haishh.....

Monday, 23 November 2009

Kepinginan

*Updated

I kepingin mahu ramai kawan dalam blog.

Mahu add orang.

Tapi bila nak add, I malu. Ntah apa yang nak dimalukan pun I tak tau.

Pelikkan? Ha ha ha.

Kepingin mempunyai teman berblog seperti teman-teman 'squad' ku


-----------------------------------------------------------------

Tried to add someone in my list. Hope she done mind.. *blushed

Hari-hari pun HUJAN

Uuwe....... I went see their performance yesterday @KL Live

Okay, frankly I am not the a fan of them. Plus the so~so hafal lyrics played in the radio je lah.. I knew them based on the radios' songs je lah..He he he so jakun me n finas since we don't get the lyrics *sigh...

Overall, they are energetic. The band BEST! The guitarist mostly! Noh, the vocalist the cutest. Ha ha ha. Takkan ku lupa incident itu! he he he

Tapi, kalau kami tahu semua lagu mungkin lagi HAPPENING boleh join orang loncat-loncat at the centre of the crowd! He he he. Betul ke kami nak loncat-loncat? Ha ha ha.

Kakak...thank you for the ticket.

Soon as the shows end, we telan TGI Friday a floor below. Hua hua hua.. The legend of ORANG KUAT MAKAN begun....

Saturday, 21 November 2009

List-harus-Buat-Esok

HARUS means MESTI buat!

List-Aku-Mesti-Buat-Esok-Jugak

**UPDATED 23nov2009, All done by 21Nov2009

*Accomplished on 24Nov2009



1. Buat chocolate cake for Zura (ex-colleague semasa masih merangkap jawatan Jr. QS dulu dan sekarang seperti meroyan nak jadi QS balik. Boleh? Boleh tak Abah? Boleh ke? Rindulah.)*Done!

2. Harap dapat bangun tidur seawal mungkin. Doa sket.
*Done!


3. Pilih baju nak pergi kenduri kendara orang kahwin aku je tak kawen-kawen
*Done!


4. Lipat kain yang telah menimbun di atas sofa. Perilaku kain tersebut boleh nampak susuk tubuhnya sekira berdiri di luar gate rumah. Ohh sungguh malu Abah yang mempunyai RAJIN punya anak dara.
*Done! *tapi kain sudah bertambah kini


5. Mandikan Lan (setelah 3 minggu berturu-turut awak tak mandi yer..suka kamu!) ha ha ha

*Done! Lan sangat wangi hari ini..


6. Tengok Nur Kasih! I missed nak tengok tadi. Ish..
*Done!



Erm..agak-agaknye lah, sempat ke nak siapkan semua tu sebelum pukul 12:00 tengah hari? Sempat tak? Light bulb plopping out! PloP PLoP PloP..Ha ha ha. Berjayakah dia?

*Mission : 75% accomplished!
*Mission 100% Accomplished on 24Nov2009


Friday, 20 November 2009

Sejuk-sejuk BEST

Bila sejuk-sejuk ni best kan? BEST makan. BEST Tido. Best..best..he he he

Okay, walaupun orang yang membaca entry kali ini agak annoying.. Tapi Benar, berat badan ku kini makin bertambah. BENAR! Benjolan degil jerawat pun kian giat menjalankan tugas dimuka! Hish...

Tidak berjayakah rawatan lasik bulan lepas? Mission seperti gagal! Rugikah duit itu? Urghh...Mungkin proses lasik yang tidak diselang-selikan dengan pengambilan 'ubat' itu? Kurang berjaya hasilnya? Atau, cara pemakan yang tidak tentu arah punca segala?? Oh...sesal dulu Ila...

Long story shorted, sebenarnya..diet pemakan yang tidak betul! Please lah tolong mengaku wahai empunya badan!!! Ergh... Buktinya, bayangkan sejak 3minggu lepas keinginan terhadap coklat, kacang, peanut butter, udang, sotong, belacan (baru lah melayu sejati kan? ;p) amat menggunung! Hasilnya?? Berat bertambah, muka pun teruk.. Nak salah kan laser?? Aish....salahkan diri sendiri. Hasilnya kini, ketika blog ini direka, muka empunya blog ini dilumurkan dengan Avocado Mask.. Wahh.....ada harapan nak elok cepat lah tuh... BERANGAN!! punca jerawat jugak!

Dalam suasana musim tengkujuh macam ni memang memaksa diri jadi pemalas kan?? He he he. Jahatnya statement! Buktinya, saya jadi pekerja yang tak bagus..ish...ish.. Saya selalu bangun tidur lambat. Saya kuat makan. Saya selalu skip makan ubat. Saya jadi PEMALAS! Mati lah nak salah kan cuaca pulak... BERDOSA nya aku!

Boleh kah kalau malas senang masuk rezeki? tak kan? Ish...semangat kian hilang lah. Kenapa yer?

Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik untuk hari esok dan yang mendatang! Amin..

Thursday, 19 November 2009

New Look

fuih....

I changed the view AGAIN!

I love the look.

Sweet and girlish bit.

Okay la tuh...

Under Construction

-----Sorry, The Owner Kind Of Bored With Current View---



Sunday, 8 November 2009

Kau Sedang Buat Apa-Tagged

Tag dari Puan Rahayu.
Dan jawapan mesti di beri 8. Akan daku berusaha.

"Kau sedang buat apa??"

1. Copy, paste, delete & adding new words to complete this tag.

2. Tengah garu-garu tempat kene minyak panas gara-gara tak teror memasak. Yang membikinkan tanganku sangat huduh dan kelihatan sepeti bekudis! Ishh...

3. Sambil mata memandang ke luar pintu. Setelah cuak membaca blog AYU! cerita tentang misteri guli.....gile cuak!

4. Sedang berbaki happy...setelah Negeri Sembilan belasah Kelantan 3-1. Dan ada sebahagian mereka adalah ex-STADian. Proud to part of the STAD before. Hobin jang Hobin...

5. Sedang menahan baki sakit perut akibat serangan Jepun. Redha... :-)

6. Sedang tengok pisang kat atas meja. Bau kari kambing Mak. Dan otak ligat. Haruskah makan walaupun sudah pukul 3 pagi?? Haruskah? Gemokkah ku kelak?? Hadoi!

7. Sedang berkira-kira, adakah betul minggu depan saya akan memulakan semula kelas jahitan yang telah lama diri sendiri dipontengkan diri? huish...

8. Sedang memikirkan tentang, sesuatu yang kini kerap difikirkan. Tetapi sesungguhnya, lebih baik untuk tidak terlalu memikirkan dan membiarkan sahaja.


Saya memang nak tag seseorang. Tapi, kawan blog saya tak ramai. Jadi, sesiapa yang sudi...tag lah diri anda. You are most welcome. :-)

Bila Malam Kian Berlabuh.

Suppose, these stories need to be told earlier.
I know it lil bit 'basi'. But at least, I am telling to my deary blog. Am I?
he he he.
The story-teller kind of addicted to facebook currently. OMG, no comment!

We, the girls went to Port Dickson last few week ago.
The trip was awesome.
The girls awesome too.
The journey was awesome.
But, bit cheeky-cheeky loh..typical me us.. He he he.
Twice Banana-boating.
Twice Karaoke'ing. Once in Cheap Sauna Karaoke Box!
Once in very-updated songs karaoke place. BEST!
Miss-counting how many times swimming...liked Dugongs dunno how to swim.
Flirting with guys...Syhhh... Ha ha ha.
No comment.
The lenses incident. Ha ha ha.
Ayu drank one of pair my lenses. Ha ha ha.
She quoted "Macam minum Ribena ada Nata De' Coco!''. Ha ha ha.

Last week, went to Kertih again.
Lan followed us as part of our family as usual..
Almost losing Lan..MIA a while.(Lan dah pandai flirting sekarang!) He he he.
Nothing interesting to share...tapi...my mum quote a bit funny while where were there,

"Abah ni, nak jual barang ke nak jual anak"
Ha ha ha.
Shouted as soon as he asked me to do myself. (make-up,wear nice cloth etc).
Ask me to try play-mata with guys there! Ha ha ha.
Abah....Abah.....

And today,
I went to a wedding reception.
Again....
Wearing the nice Mak-jahit Purple Kurung Pahang with my dream Keronsang.
I did look nice just now.
Wah....sungguh PERASAN.

Clock shows 2:24a.m.
My eye....owh my eye...
Ya Allah....Kau berikanlah yang terbaik buat diriku, keluargaku dan saudara seIslam ku. AMIN.
Good Night All.

Wednesday, 21 October 2009

Kosong

Perasan tak...Lately Streamyx connection macam hampeh?

For those yang pakai Streamyx lah yer.
Ntah ape problem ntah.
Kalau complain sure dapat feedback lambat.
Service low-rated la...

I dah sihat sekarang..Alhamdulillah...
Lame betul tak sihat badan.
Antibodi badan tak tegap menerima! ha ha ha

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan.
I try my best lah.
Firstly, My mum totally disapproved if I have any intention to attend Itu wedding reception! Mak the best! Ila sayang Mak.
Secondly, I feel how bad I am for not working harder with Abah.
Thirdly, I am truly lonely. Seriously!
Most of them (my friends/closest friends) taken. Dah ade buah hati lah kan.
And the time spend together...lesser.
Should I or shouldn't I felt like that?
Tak baik kan?

My ex-schoolmate, try to match me with someone.
Then, I found myself can't go any further.
Really Mr. North and Miss South.
Tak boleh la...
Saya mahu Dokte juga!
Tak kire! macam lah cantik sangat
he he he
Dalam hati kini kosong.
Kalau la CAT scan tu boleh scan...
Sure machine tu pun terbakar tengok apa yang di'scan tu.
Dan Ila, kembali merapu.
He he he

Monday, 19 October 2009

Uhuk uhuk uhuk

I nak blogging...
Tapi rase macam tak berapa nak larat la...
Mungkin semalam banyak minum ais kot.
Batuk dah menjadi-jadi ni.
Selsema pun same...
Banyak I nak story mory.
Nnt lah, bile I dah okay, I'll blogging.
Updating my real good life.
Thank Allah.
Alhamdulillah...

Friday, 16 October 2009

Bila RM300 melayang

Wah..I demam lah 2 hari lepas.
Selsema pun masih berbaki lagi ni. huk huk huk.
Ini mesti penangan tengok wayang 2 hari berturut-turut ni.
Kes share air mungkin.
Or mungkin kes terkesima dengan kekacakkan sesorang?
Wah....sangat kacak kamu!
Tapi ingat yer....ini hanyalah statement perasan sahaja yer.
Ha ha ha

Or mungkin I demam terkejut mendapat khabar berita yang itu?
Nahh.....I don't care!

Isk isk isk....hidung tersumbat la.
Payah betul tau. Ini baru kene tarik 1.
Ish3...Alhamdulillah....
Semalam, walaupun demam berjaya kiranya I pergi buat lasik!
Ha ha ha.
Doctor tanye, nape I tak pergi clinic almost a year?
WT?? Gile hape....RM250/treatment
Then semalam, harga sudah naik RM50!
Terbang melayang lagi creadit card I!
RM300
Ha ha ha

Tuesday, 13 October 2009

When It's Really Over. Glad I am Fine.

Okay...I dunno how strong penangan the Nur Kasih to me. I addicted you..
Last Friday, as Nur Kasih finished. I tried to finished-up the pending works.
During it, I was blissful caused berangan lah if I am Nur
Then, plup..plup..plup! I received call from ITU! and...here I go again.
Shaky and cold hands.
Then....W.T.F.ire??! ha ha ha
Okay la...congrate la for my ex. He's getting married on Friday.
Okay. Kite stop. Kite bukak cerita lain.

Then, on Saturday I started feel weirdo inside.
Tapi I tak KUAT!
Ikut parent pergi rumah orang kahwin.
Then, I let my mum know the above ITU news. (comments censored)
I pergi open house my ex-U.
Even I stucked in jam! Bayangkan dari Ampang ke UK 1 hour stucked! hishh..
Totally fully-loaded the stomach.
Owh perut..I am sorry. he he he.
Do my work a bit while I found Jepun serang I.
Then go home. Mandi-mandi. Makan ubat, then Tido!
(Penuh tak jadual I?)

On Sunday.
I woke up, early bit. Compared to the susah mau tido last night.
I asked Mak shopping. Since I didnt have any plan anyhow.
And for the sake I dont want to staying home plus with buzzing mind.
We went to Jln TAR.
Mak borong habes...!!!Orang nak Depavali, kami pun sibuk jugak..ha ha ha
Uish....gagah Mak daku.
We bought kain pasang, tudung, and the most important is the wannabe-pengantin keronsang!!!
Yahooooooo! at last!
Dan dalam hati mula terdetik...
"Sesungguhnya, Mak I sayang I. Dia amat memahami dan mengerti kiranya hati anak nya sedang berduka"
uish....boleh keluar air mata tau..
Isk...isk....isk....

Dan officially, I dah totally over it.
and FYI, the reason why I am staying single is, I am afraid to face the ugly in a relationship.
Even somehow I do feel, If I did react like sh*t before takkan I tak de react liked the beauty of flower before ek? Confused I.
Even I tau I was not a perfect lover. But at least I know how to say I love him/her and appreciate whatever he/she done for me.
ITU....this is for you. Thank you for giving me the best book which are the best experience ever guided me as a good teacher. U taught me real meaning which I called it as a life. Thank you.

Thursday, 8 October 2009

I pun kadang-kadang annoyed!

Aksi Macho Lan sewaktu gamba di ambil. Sungguh angkuh kamu. Ha ha

Okay, how am I going to start blogging.

Its been a long time huh since my last update?

I do mem-busy-kan myself dengan work loads from Abah and keep up my good work on learning process. Yes, I am crawling again. And now, I do want be the best. I do!

Unfulfillable intention updating the blog caused by work load? Must be good lah kan? Ha ha ha

I did passed here frequently, tapi...quite malas updating.

Oh..I did let go a good great opportunity offered to me before. Tapi, tak pe. Maybe the good things for future. Accept the good.

Past 2 days before, I've been hurt by someone. Tutur bicara dan ayat yang sangat menusuk! I benci tau..

Then tadi, I went to clinic some where in Uptown,PJ. Haiyoh...so damn bad luck. Clinic closed till monday! So bad luck of me.

Owh, my mum bebel again ask me why bought the bread. We have the very-easy-bread-maker but I do not know the measurement to make a nice homemade bread with it thou. He he he.

But, the to most important thing is, Mak masak masak gulai lemak cili api dengan dagig salai dan rebung! Ngammmm.......cayalah mak~

Tuesday, 29 September 2009

New Handbag For Sale

Brand : MNG / MANGO (link)
Condition : NEW with Tag
Colour : Dark Brown
Size : 35cm(L) x 25cm(W) approx.
Price : RM95 (nego) special price

Description :
Brand new. Come with add-on of took-off string. Nice design. No defectiveness. Still in good shape.





Di Hari Raya

Kiranya masih tak terlambat kiranya kalau nak mohon maaf kan?

Buat teman yang teramat sayang, I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Buat kawan-kawan @ orang perseorangan yang pernah sakitkan hati I, I ampunkan.

Buat orang yang pernah sakitkan hati ni, I maafkan tapi kurang ikhlas. He he he

Sekarang I punya masa untuk diri. Yay.

Oh...kalau ada sesiapa yang berminat untuk membeli handbag (Brand NEW MNG), roger me.

Follow the link ya. Tq.

Wednesday, 16 September 2009

Say NO to Orthopaedic!

Hey .....

Totally forgot!

I lupa nak mention. I have discharged from Ortho la last August.
dah bagi tau ke belum hah? Lupe la pulak

Doctor said, I am old strong enough. He he he.

The potential it tend to bend might be lower to those younger than me.

Okay. I take it as a great news.

Tapi....itu bukan bermakna I sihat.

Sakit tetap ada.

Ia tetap akan begitu sepanjang hayat. Mungkin akan bend 1[deg] per year? Mungkin.. Hanya Allah yang tahu.

Saya Mahu Sihat

Kaki Patah.

Okay.

I have been neglected the other blog of mine for so long.

REALLY!

Tiba-tiba jer rase blog I yang tak sberapa glamer itu glamer.

Tapi tahukah you all, hati ni meronta-ronta nak check setiap inci email & reply all the queries?

Sesungguh nya daku amat letih.

Mungkin berbaloi untuk letih sekarang? Tapi....BERBALOIKAH?

Harap-harap.

I had scolded by Nigerian just now! W.T.Face?? I even can't get a chance to explain the situation.

Ergh! Geram I tau.

Hey man you should try to listen what am I going to explain lah..Jangan la main hentam jer! Even you are WRONG!

Tadi sampai rumah pun dah mid-nite. Closing dah lama, tapi banyak orang tempah hamper. Hu hu hu. Tapi tak baik mengeluh kalau ia mendatangkan rezeki kan? Haishh..

I tak rasa seperti mahu mandi. Bolehkah? Pasti boleh...He he he.

Sampai saja rumah. I've been greed by a super great news. We got the PO! Yay....Alhamdullilah.

Episod baju kebaya tidak berkerunsang daku. Perjalannya masih jauh. PASTI! Ha ha ha

Tuesday, 8 September 2009

Berbuka Dengan Kanak-Kanak Riang

Location : Kelab Golf Perkhidmatan Awam
Date : 06/09/09
Sub : Diari Ramadhan Ila


Bila Geng kiut miut Gagak Hitam berpadu maka terjadi lah aksi-aksi melampau seperti berikut:

Kanak-kanak yang tidak kenal erti jemu mata orang lain memandang dengan Pose istimewa.


Walaupun tukang ambil gambar mengalami serangan parkinson kekenyangan, namun masih jua gagah mengambil gamba kami yang kiut-miut ini.


Setelah mengalami sindrom kanak-kanak riang setelah disatukan kembali buat sekian lamanya.


Haihh..bila lah nak matang kalau macam ni? Ha ha ha.
Overall, foods was okay macam tak puas hati dengan kadar bayaran RM46.20 itu.
He he he.

Eventhough the so-called "famous" pasta's section kind of the MOST HOT section but it still didn't get my attention at all. Saltish loh and I think I can make it better @Home sooo perasan of me.

So far the only section which I can quote it as THE BEST SECTION BERBUAKA PUASA @KGPA is ROJAK BUAH SECTION! The Kuah Rojak was Awesome! Ha ha ha. Sungguh tidak berbaloi for me untuk berbuka puasa ala buffet at such of that kind of place huh?? For me..the quote is for me yang tidak berkemampuan.Sila lah hulurkan bantuan ringankan bebanan.

I had Berbuka Puasa at Nalili's Corner @Sentul last few weeks back with the most Lovely friends of mine.And I would say the RM30 per pax for Berbuka Puasa @Naili's much valued for my money. Trust me. Since the foods was fantastics, the environment (air) was outstanding and the services were magnificent. But, beware for 'something' might the be seat and dine together with you guys..Ha ha ha.

Sunday, 6 September 2009

Niat terpesong

Pernah tak korang ada mengalami situasi begini.
Niat on PC/Lappy bagi yang berkemampuan nak search info.
Tapi, bila dah online niat atau tujuan utama untuk online tadi sudah lari lintang-pukang?
Ha..Jika anda mengalami situasi ini, situasi yang sama sering-kali terjadi kepadaku!
Haih...TAK PAHAM!

Ntah kenapa nak merapu pasal ni pun I tak tau. Ha ha.
Okeh, sebenarnya nak search Map ke KGPA, Bukit Kiara.
I rasa I tau tempat nih.
Dekat dengan site lama.

Friday, 4 September 2009

I benci tau

I benci tau.
Bila tidur malam I diganggu dengan mimpi kehadiran Itu.
I tak suka.

Sebab nanti mase mimpi I rase "Ee..indahnya hidup"
Tapi lepas bangun tidur I rase "Ei..nape la Itu pulak masuk dalam mimpi ni"
Dan dada I sure berlari dengan kencang.
Sebab itu I tak suke.
Nanti I teringat-teringat.
Sebab I tak nak ingat pasal Itu lagi. Kalau boleh.
I fobia you.
I tak nak jadi lembik-lembik macam dulu lagi.
I tau I kuat dan perasan lagi
He He He

Hari Gembira Sedunia

:)


Gembiranya...
Sambil Loncat-loncat.

Saya happy sangat.
Senyum sorang-sorang.

Semalam ada orang offer I with something.
Un-expected offer. REALLY.

Mintak-mintaklah semuanya OK.
Orang itu boleh dipercayai. Harap-Harap.

Ingat tau "Kalau kita tipu orang kita dosa"
"Buat kerja kena amanah,jujur & yang paling penting jangan marah-marah"
Ingat tu Ila...

Mak dan Abah pun SOKONG 100%.
Itu yang I sayang parent I.
Mereka selalu sokong dengan apa yang anak-anak mereka nak buat.
Tak kira la idea anak-anak mereka kadang-kadang outside the boundary.
Mereka tetap sokong!
Saya mesti pilih!!
He he he

Dan saya ingin sambung menyanyi lagi.

Thursday, 3 September 2009

Try Check-it Either u R Chick or Dude

I gatal-gatal main quiz ni. First try, result as "You gave 3/5 "dude" answers."
HaHahA. Apakah maknanya??
At last, I berjaya mendapat "chick" result.
Saya bangga HAPPY.


Wednesday, 2 September 2009

I tau I pandai


Heh heh heh.
Tajuk macam puji diri sendiri yang tak boleh blahpernah dipuji.

Taddaaa...



Akhirnya berjaya juga nak mencantikkan update layout ku.
Comel tak?
Pagi tadi I dapat sms dari Puan Ayu, dia suruh check satu Blog ni (kawan dia).
Dia ajar how to change the templates la.

Tapi sebelum tu dia pernah cakap Layout I sebelum ni amat BURUK. Ha ha ha
Ku Akuinya. Memang skema dan BURUKS.

He he he saya kan tak pandai...Sebab tu pemilihan layout default yang tak cantik itu.
Sebenarnya, dah berkali-kali cubaan untuk mencantikkan blog ini GAGAL.
Thank you Nyah...
he he he

Ini first time pakai 3-columns layout. So, might be serabut sikit. Tapi masih boleh dibacakan?kan?kan?

**** * ****

Semalam, saya pergi berbuka di rumah ex-colleuge. BBQ.
SEDAP!
Ada sotong, udang, ikan, sausages, mashed-potatoes, cakes, kek coklat saya yang sangat HOT dan laku, fried rice (Ayu MASAK dan SEDAP), Iced Sirap & Orange slices for desert. (Harap-harap tak ada Menu yang tertinggal)

Sebab nak puaskan hati jugak kerana bangga haishh.
Kasi Upload juga gamba Kek HOT ini. Konsep Simple-Pakai-Buang balut pakai aluminium foil. He he he

Thank you Organisor.
Murah je bayar tau for the nice BBQ berbuka. RM15.00

DAN

...
......
........

Hari ini muka saya penuh dengan jerawat manis.
Bukan salah saya yer. Ini salah SEAFOOD itu. HAHA
Akan ku Lumurkan segala ubat demi intuk tampak menarik pada hari Ahad ni.
Uhuu..Sangat TERUJA.

Monday, 31 August 2009

Layout Kembali

Seperti mahu tukar layout lah....Menyampah pulak tengok layout sekarang ni...
macam orang dah matang sangat lah...
ha ha ha
later...when ever I am free.I'll do it.

Sunday, 30 August 2009

The LayOut


Err....rase macam buruk pulak layout ni kan? kan? kan?
Mula-mula ingat nak tuka LayOut yang agak gempak-gempak. Tapi tak tahu berjaya. Ha ha ha. Maklumlah, buta IT.

Macam orang matang professional punye blog je kan?? ha ha ha

Saturday, 29 August 2009

Tidur Itu Enak

Rasa susah tidur lagi. Ini bukan sebab masalah yang menimpa. Bukan sebab entry sebelum ini. Tiada kait-mengait pun. Sumpah!

Tak sabarnya nak berbuka puasa dengan rakan-rakan se'Universiti dulu. Susah juga yer nak cari tempat berbuka puasa ni. (Mestilah, nak makan best tapi tak mahu keluar duit lebih) Huhu. Bukannya apa, bayang kan yer, esok berbuka dengan geng gagak hitam a.k.a kawan yang teramat sedap berkawan di Naili's Sentul. Selasa depan dengan ex-colleuge dengan berkonsepkan parti-berbuka-puasa-di-tepi-kolam.Wow MENARIK. Ahad (6.9.09) berbuka dengan rakan sekelas seUni di Kelab Golf Pertahanan Awam. Penuh tak jadual berbuka daku? ha ha ha.

Tadi sempat ke bank untuk dapat kan kad chery. Kene bayar OK RM20. Haha Mati-mati ingat FOC!. Ramainya orang tak payah la bayangkan. Penat menunggu. Sempat juga pergi ke kedai beli manik. Ingat nak mulakan operasi menghiasi baju kurung dengan manik-manik nan indah. Nampak gayanya tak tahu la bila project jahit manik ni akan start. (Asyik tido sajer) Sure Raya nanti bajuku paling mengerlip-ngerlip. WOW. Kecoh la kampung nanti.Haha.

Ohh..saya mengalami gejala tak jaga pemakanan! Akibatnya, jerawat manis banyak pula kat muka ni! Aduh. SAYA BARU BERANGAN TAK MAHU LASIK MUKA TAHUN INI. Coba coba untuk me'control pemakanan supaya duit tidak akan melebur dengan lebih banyak lagi.



Friday, 28 August 2009

Aku dan Kau

Sentap!


Itu: "Em..lagi satu, kalau boleh la. Kalau boleh kite teruskan dengan 'aku' 'kau' je la. Selesa sikit nak sembang dengan ko"

Ini: "Erm...ha ha ha. It doesn't mean anything. Jangan risau"
(Yer, saya gelarkan I and You) Tettt!! bodohkah aku? bodohkah?

Yes! for the first time (after 3years) Itu starts the conversation (YM sahaja..ape kelas?he he he. So jangan perasan). Saya seperti dulu, masih gelarkan Itu 'you' dan Ini 'I'. Tak salah kan?? Serious, it really doesn't means anything!. Tapi.... he he he.

Sebenarnya niat online malam ni cuma nak update facebook dan my other blog. Plus, swim into the internet!. Tapi tak pe lah..nak marah buat ape kan? Tak de makna dah pun. Atau mungkin...? Ahh....Takkan lah! Jangan ingat...jangan ingat!

****************

Semalam, berbuka saya berbuka di rumah kawan saya! Hu yeah...dia masak! Meaning home cooks? Yerp. Menu, Chineese cuisine. Pergh..macam dah terbayang-bayang jer sup sirip ikan yu kan? Padahal...simple dishes je. Yet, awesome. (Shery, kamu pandai masak!Sedap...he he he) See yah girls, the forwarded sms a.k.a the menu:

Appetizer :
Murtabak Ayam (ini beli kat Bazaar Ramadhan sebalah Maybank saje.he he he)

Main Course:
1. Rice
2. Cantonese Chicken Soup
3. Oyster Mushrooms w. carrots
4. Beancurd with soy sauce
5. Fried egg

Desert:
Watermelon with Nata de Coco

Drinks:
Chilled Lychee drinks

pstt...your apartment so damn nice dear!

On the way back to Ampang (together with Ayu & a friend of her), we stopped to shop at Downtown, Cheras. Guess what all..I never been there before. Semalam first time! Ha ha ha. To cut it shorts, the layout there much neader than uptown, Danau. Variety of choices..and I myself bought 3 new shirts (in good quality) for RM10 each. Okay lah...nice. Definitely will come again! Alhamdullilah sebab hujan je malam semalam, kalau tak memang borong lagi! Ha ha ha.

Ouh. My scoliosis? Lama tak update. Last week, I did my regular X-Ray and check-up. Finnaly, I discharged!. Doctor said I don't need the monitoring anymore. Since I am already 25years old (muda lagi yer), and my bone should be strong enough to hold as it is. Tapi, the slight curve mungkin akan jadi. The potential to increase the bending curve only 1 deg/year (this is based on my own observation). Last year it was 36deg, then latest is 37 deg. Lebih kurang lah kan? He told me I can live liked other normal women, I can get pregnant (but, the extra back-pain?? still have to bear lah..what to do kan.) and I don't have to come again unless I feel unconfortable with my back bone. Ape-ape pun, Alhamdulillah..




Tuesday, 25 August 2009

Diari Ramadhan Ila

Hari ni genap hari ke-4 umat Islam berpuasa. (Alhamdulillah....saya masih penuh puasa!) he he he

Tadi, berbuka puasa dengan menu yang sangat-sangat simple. Mak goreng ayam (ala-ala KFC) , sup ayam, karipap inti ikan dan air teh halia! Sedap.... Oh...semalam mak ade buat kuih bom version orang pantai timur(inti ikan dan kelapa). Sedap...tapi Mak memang jarang buat kuih ni...memang betul kuih ni akan kadang-kadang meletup-letup masa goreng. Best!!

Okay, on last Sunday I did attend the tailoring class. Cuma, schedule nya di anjak kan ke waktu pagi. Masih lagi slow progress. Masih lagi fasa baju kurung moden. Dengan kain (kipas belakang) 90% completed!

Hati ini sangat marah dekat Lan...nape la ko g buat keje kat belakang sliding door tu?? adoi hai sayang....sian Lan kene pukul....he he he. Dia tengah memberontak tu. Tengah menyorok kat tepi pasu Mak.

Ingat tak saya kata mahu meningkatkan productivity dalam company? Erm...hasilnya masih lagi samar-samar! Susah kan berkerja sendiri. Kalau silap langkah...kerja yang dikejar mesti tak dapat! Saya akan berusaha!!!! he he he

Saturday, 22 August 2009

1st Ramadhan

SaLaM RaMaDhaN

Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa....buat kawan-kawan yang mengenali diri, "Aku minta maaf kalau ade tersilap kata yer". Dan dikesempatan ini, mungkin Ila maafkan segala silap salah orang yang pernah sakitkan hati Ila... sigh

Pagi tadi bersahur dengan Nasi Goreng (Mak masak....sedap!), dengan air teh panas! Fuish...sedap! Disebabkan hari ni merupakan hari pertama bersahur, jadi kehadiran Vitamin-R banyak pulak. Saya dengan jaya nya telah berjaya mengambil semua supplement!! Spirulina + Chorella + Mixed Vinegar + EPO + Vitamin C! (Fuhh....tengah semangat rajin kunun nya) he he he

Dan seawal pagi ni juga, mak dah book saya... "Ila, pukul 8.00 kejap lagi kita pergi ke Carefoure yer. Mak nak beli butter!" Aduss, baru hari pertama puasa mak....dah fikir nak buat kuih raya dah? he he he.

Sekarang, 7:23a.m, Mak dah menjerit dari kebuk bilik jahitan dia "Ila...pukul 7:50 kite pergi tau! Siap la...." ha ha ha.....Satu benda yang sangat kelakar kalau diingat-ingatkan, Mak memang suka pergi ke Carefoure / Tesco. Ha ha....kenapa lah CEO these giant supermarkets tak jumpa mak lagi? Kalau tidak, I am sure she'll be a good embassor! he he he.

Erm....rasa macam nak carik beads la balik dari Carefoure nanti. Nak beading baju some more...

Friday, 21 August 2009

Hai Peng, Kemaman

Makan some more....

Location: Hai Peng Kopitiam,
Kemaman, Terengganu.


Okay, this time the favourite or precisely, the MUST place we (my family) love to hangout. While we were on the way to Terengganu or on the way back to Ampang, we must stop here just for the sake of the lovely Kopi and the Kaya Bun. Hu yeah....I love coffee so much....

Trust me! It it awesome! I can't recall since when me and my family start get addicted to this coffee shop/kopitiam. So, blame it to my Abah! He is the teacher! He he he.
I snapped these photos when I was on my way back to Ampang. The Hai Peng pleasure during on the way to Terengganu?? Drowned in the sea of coffee heaven! he he he.


Wuu.....the speechless pleasure. From left, Abah's Kopi O panas, Abah's Nasi Lemak Wrapper, Mine Kopi Ais & Roti Kaya (Roti Bulat), Bob's Kopi Ais & Mine Nasi Dagang Wrapper. Banyak nya makan! Sedap!!

Thursday, 20 August 2009

Tempat yang menarik


Selama 4hari, 3malam berada di Kertih, at last the last night I found the nice place to hang out. Kedai ni sangat menarik. Layout, interior, environment memang tip-top. Kedai makan ni, menggunakan konsep 'Rumah'. Tempat makan memang di laman empunya kedai makan ini sendiri.

Sangat selesa (except gangguan nyamuk ;p). Sangat menariklah. Lokasi di Paka, Terengganu. Nama kedai ni The Bite. Located beside the Residence Hotel, Paka. Ouh....teringat zaman masa sekolah pernah duduk kat situ. Memang facing pantai, but since our visit for the sake of having dinner (late night dinner), tak nampak lah view pantai yang menarik.

The fettuccine cabonara

Kalau nak bagi rating on food, among 5 stars..Ila cuma boleh bagi 2.5stars je. Menu, waiters & waitress memang superb. But the taste just so-so je. Sorry sangat. But it is true. I ordered Fettucini Carbonara, Abah and Bob ordered Nasi Goreng Bite. The side dishes, we ordered Keropok Leko. Ha...this Keropok Leko, among 5 stars, I gave 5 full stars. Memang sedap! Lain dari yang lain lah rasanya. (Trust me, my Mum loves to buy the keropok leko and at The Bite the taste totally different!)

We hangout there until mid night. Ada kawan Abah (2 of them) join and dine with us. And 1 of them totally gila-gila. Seriously, I usually don't have a gut to laugh like crazy whenever talking with elderly...but that night...I totally lost my mind! Uncle Zamri, you are damn funny. Nice to know you thou.

Uncle Zamri dalam gelak-gelak buat lawak sempat lagi dia berpesan, "Muh, Mek Kecheq kalo nak carik laki jangan dok pilih hok duduk sepoh tepi jalang, carik yang elok-elok. Jangan pilih hoq jadi dokto kat tepi panta nih. Kena (kenal) kan dengan mok pok muh dulu. Ingak tuh Mek Kecheq!"

Dan secara rasminya, malam itu aku mendapat 1 nama panggilan baru (ala-ala manja tak jadi ee Yew!) Mek Kecik. Ha ha ha


p/s: I would like to share my happiness and my grateful to both Pcah and Ejan for the good news spread out. Congratulations! Tak lama lagi jadi Mok Cik la aku! Ngee ngee....

Buat Ayu, kamu masih berpeluang lagi. Janganlah putus asa. Enjoy segala apa yang ko dapat ni dulu. InsyaAllah...jangan sedih-sedih tau. Muah3..


Monday, 17 August 2009

6ixth Sense & Noe (Letto) - Cinta Yang Sempurna


Cinta Yang Sempurna's Lyric

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Oooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

Harapan Menggunung

Entry kali ni berkaitan dengan entry semalam. [Tahap keinsafan diri amat tinggi semalam]

Jadi, pagi tadi sehabis daya bangun tidur dalam mood yang sangat baik sebab nak dapat kan FIRE balik. Status di Facebook pun updated tau. Mandi pagi pun siap syampu rambut, iaitu aktiviti yang amat jarang dilakukan pada waktu pagi. Syampu sahaja yer, mandi wajib tiap-tiap pagi. Erk...kadang-kadang skip juga. he he he.

Dalam pukul 10:30a.m, kami 3 orang pergi ke KSB(Kemaman Supply Base).

Kali pertama pergi. Amat jakun jugak, dapat tengok benda-benda minyak (maaf, kurang mahir scientific term! Fuh..malu...malu...) up-close lagi. Ade appointment dengan orang Petrofac.

Sungguh, memang I tak dapat tangkap everything dalam tempoh perbincangan itu. Jahilnya aku!! Tiba-tiba je terfikir, mungkin kalau lah ada kawan yang dalam bidang Oil & Gas ni, mesti seronok. Lagipun, diri ni bukanlah seorang yang fast-learner. Yes..itu adalah kekuranganku! Huyeah...he he he. Then, pergi Petronas Penapisan.

Sekarang ni, Abah & Bob pengsan. Berkeruh-keruh tidur. Kesian Abah, tadi berjalan, naik turun tangga termengah-mengah. Letih agaknya dia. Bila tengok Abah bersungguh nak tunjuk kan macam mana nak buat kerja, nak pergi jumpa siapa, macam mana nak bercakap dengan orang...memang insaf sebentarlah.

Kadang-kadang, benci jugak kat diri ni "Kenapalah aku ni slow sangat. Susah nak catch-up cepat segala data input?" Sesungguhnya, aku bukanlah top student masa belajar dulu. Betul! Zaman sekolah pun dah terserlah betapa malapnya. Pengawas? Perpustakawan? Ketua Murid? Ketua Kelas? Memang tak penah! Yang pernah jadi pun bendahari. Nampak sangat dari dulu gila duit! He he he.

Tak pe, usaha tangga kejayaan. Moga-moga semangat untuk mendalami ilmu bidang baru ini berkobar-kobar harapnya. Fuih....harapan mnggunung. InsyaAllah. Hidup Process Analytical Engineering Services Sdn Bhd! Amin....

"Abah...Mak....Ila cuba untuk jadi yang lebih baik demi keluarga. Amin..."


PROCESS ANALYTICAL ENGINEERING SERVICES SDN. BHD.

(co. no. 640941-T)

(Formerly known as Process Analytical Services Sdn. Bhd.)



Sunday, 16 August 2009

Mascara Vs. Contact Lense

L'élan Vital Extremelash Mascara Duo
Oh..I love this product. I rasa I cantik kalau pakai mascara ini. Oh ho...sungguh perasan. But the only problem is, if I want to use the product I have to wear the lenses (no glasses allowed or your lashes keep wiping your glasses every times you blink your eyes . Trust me. he he he).

"Now you can achieve the glamorous 'fake lash' effect minus the hassle and pain" - quoted by Cosway


Erm..yes it did look liked fake lash. The mascara and amplifying fibre tu kena lah apply 2 or 3 times kalau nak dapat kan dramatic effect. The key thing of the products is the Amplifying Fibre. Amplifying Fibre ni yang bagi "Fake Lash Effect" sebenarnya. Benda ni tekstur dan warna macam kapas sikit. Yang mungkin berfungsi untuk menebalkan bulu mata. Hari tu pun I ada tengok cinapakai(tester) terus nampak "bulu mata palsu" itu. he he he ....Tapi bukan la se'effect' seperti bulumata pelsu Datin Sofiera yang dalam cerita SPA Q itu yer. Sesiapa yang berminat mekap-mekap, I am sure you'll love this product too. Believe me.:-)

*sorry for late updating mascara ni nyah.


Adakah anda merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu dan bapa?

Entah kenapa, akhir-akhir ni saya merupakan seorang anak yang kurang bertanggungjawab terhadap keluarga. June 2009, officially saya tekad tak mau cari kerja lain selepas contract of employment dengan SATO discontinued. Dengan harapan (berbau kan niat) nak tolong business Abah. Nak belajar How to run my own business.

"Kalau kerja sendiri Ila, kite kene cari kerja...bukan kerja datang dekat kite. Kalau nak duit lebih, kene kerja extra. We are doing business are totally away from employed people" - Abah


Yes! I admit. First and the second weeks, I did feel the FIRE. Tapi, lama-lama percikan apinya makin kurang. Mungkin kerana arah pertukaran angin monsun dari bidang pembinaan ke arah oil & gas. Setelah selesa bermain-main dengan concrete, formwork, BQ , caci-maki dari client, tidur bawah meja office tiba-tiba kena tukar padang??? Ohh....saya amat merangkak. Valves, pipes, gratings, chemicals (yang aku amat kureng pemahamannya) dan berbagai-bagai lagi adalah amat baru bagi ku!!

Sungguh! 100% komitmen tak pernah diberi. Tapi, saya seronok bila diajak keluar, jumpa suppliers, jumpa client/potential cilent. Bila musuh? Hishh....betul orang cakap, business is a dirty business. Walaupun sesama Melayu dan walaupun sesama agama.

''Kalau abah nak senang, dari dulu abah dah main kotor. Abah pikir anak-anak Abah nak makan dengan duit yang Abah cari, tak sanggup Abah nak cari duit dengan cara yang 'mudah'. - Abah


Okay, sebagai seorang anak yang menggunakan alasan tidak mahu mencari pekerjaan lain untuk menolong seorang bapanya sendiri, termakbulkah segala hasrat nya itu? Sudahkah Ila? Erm...aku tahu padang permainan ini semakin kurang hijaunya.

Isk.. isk.. isk..