Saturday, 21 November 2009

List-harus-Buat-Esok

HARUS means MESTI buat!

List-Aku-Mesti-Buat-Esok-Jugak

**UPDATED 23nov2009, All done by 21Nov2009

*Accomplished on 24Nov2009



1. Buat chocolate cake for Zura (ex-colleague semasa masih merangkap jawatan Jr. QS dulu dan sekarang seperti meroyan nak jadi QS balik. Boleh? Boleh tak Abah? Boleh ke? Rindulah.)*Done!

2. Harap dapat bangun tidur seawal mungkin. Doa sket.
*Done!


3. Pilih baju nak pergi kenduri kendara orang kahwin aku je tak kawen-kawen
*Done!


4. Lipat kain yang telah menimbun di atas sofa. Perilaku kain tersebut boleh nampak susuk tubuhnya sekira berdiri di luar gate rumah. Ohh sungguh malu Abah yang mempunyai RAJIN punya anak dara.
*Done! *tapi kain sudah bertambah kini


5. Mandikan Lan (setelah 3 minggu berturu-turut awak tak mandi yer..suka kamu!) ha ha ha

*Done! Lan sangat wangi hari ini..


6. Tengok Nur Kasih! I missed nak tengok tadi. Ish..
*Done!



Erm..agak-agaknye lah, sempat ke nak siapkan semua tu sebelum pukul 12:00 tengah hari? Sempat tak? Light bulb plopping out! PloP PLoP PloP..Ha ha ha. Berjayakah dia?

*Mission : 75% accomplished!
*Mission 100% Accomplished on 24Nov2009


0 comments: